Boleh Dapat Duit Dari Aset IT Lama?
Anda ada 50 unit laptop lama dalam stor. Semua dah tak digunakan. Sebahagiannya masih berfungsi, sebahagian lagi dalam keadaan sederhana. Anda rasa benda-benda ni tak ada nilai lagi sama ada nak buat keputusan untuk buang atau serahkan kepada vendor e-waste sahaja.Tapi sebenarnya, anda mungkin baru sahaja lepaskan peluang untuk mendapatkan pulangan ribuan ringgit. Inilah yang ramai pengurus syarikat tidak sedar aset IT lama bukan semestinya sampah. Dengan proses yang betul, ia boleh ditukarkan kepada wang tunai melalui apa yang dikenali sebagai asset remarketing. Artikel ini akan terangkan apa itu asset remarketing, bagaimana ia berfungsi, dan berapa banyak syarikat anda boleh jangkakan untuk dapat balik dari aset lama.Apa Itu Asset Remarketing?
Asset remarketing adalah proses menilai, memproses, dan menjual semula aset IT terpakai kepada pembeli baharu melalui pasaran sekunder. Berbeza dengan pelupusan biasa yang hanya fokus kepada membuang aset secara bertanggungjawab, remarketing memberi tumpuan kepada memaksimumkan nilai sisa (residual value) yang masih ada dalam peralatan tersebut.Proses ini adalah sebahagian daripada kerangka kerja yang lebih besar yang dikenali sebagai ITAD IT Asset Disposition. Mengikut laporan terkini, Global Market Insights melaporkan bahawa segmen remarketing dijangka mencatat pertumbuhan paling tinggi dalam industri ITAD global dengan CAGR sebanyak 10.5% sehingga 2035. Di Malaysia khususnya, pasaran ITAD Malaysia dijangka berkembang dari USD 8.7 bilion pada 2025 kepada USD 19.4 bilion menjelang 2032. Ini menunjukkan bahawa nilai dalam aset IT terpakai adalah nyata dan semakin diiktiraf oleh syarikat-syarikat di seluruh rantau ini.Oleh sebab itu, syarikat yang masih membuang aset IT lama tanpa melalui proses penilaian nilai sisa sedang melepaskan peluang kewangan yang signifikan.Jenis Aset IT Yang Boleh Diremarketkan
Tidak semua peralatan boleh diremarketkan tetapi lebih banyak yang layak berbanding yang anda sangka. Secara umumnya, aset yang berusia kurang dari 5 hingga 7 tahun dan masih berfungsi mempunyai potensi nilai pasaran sekunder yang baik.| Jenis Aset | Potensi Remarketing | Faktor Nilai |
| Laptop korporat (Dell, HP, Lenovo) | Tinggi | Model, tahun, kondisi, RAM, storan |
| Desktop dan workstation | Sederhana hingga tinggi | Spesifikasi processor, kondisi fizikal |
| Server dan storage | Sangat tinggi | Kapasiti, jenama, tahun pengeluaran |
| Peralatan rangkaian | Sederhana | Jenama Cisco, HP, model enterprise |
| Telefon pintar syarikat | Tinggi jika < 3 tahun | Model, kondisi skrin dan bateri |
| Monitor | Rendah hingga sederhana | Saiz, resolusi, kondisi panel |
Bagaimana Proses Asset Remarketing Berfungsi?
Proses remarketing yang betul melibatkan beberapa langkah yang perlu dilakukan secara berurutan. Setiap langkah mempunyai tujuannya tersendiri dan melangkau mana-mana satu boleh menjejaskan nilai akhir atau mendedahkan syarikat kepada risiko undang-undang.
Langkah 1 — Penilaian dan Inventori Aset
Proses bermula dengan penilaian menyeluruh terhadap semua aset yang akan diproses. Taztech akan membuat senarai inventori lengkap iaitu jenama, model, nombor siri, spesifikasi, tahun, dan kondisi semasa setiap unit. Berdasarkan penilaian ini, setiap aset akan dikategorikan kepada tiga laluan: remarketing, refurbishment dan jualan semula, atau pelupusan.Langkah 2 — Pemusnahan Data Bersijil
Ini adalah langkah yang tidak boleh dilangkau dalam apa jua keadaan. Sebelum mana-mana peranti boleh dijual semula, semua data mesti dimusnahkan sepenuhnya mengikut piawaian yang diiktiraf seperti DoD 5220.22-M atau NIST 800-88. Taztech menyediakan perkhidmatan pemusnahan data bersijil dengan dokumentasi penuh untuk setiap unit yang diproses. Sijil pemusnahan data ini penting untuk pematuhan PDPA dan audit keselamatan IT syarikat anda.Langkah 3 — Pemprosesan dan Persediaan untuk Jualan
Selepas data dimusnahkan, unit yang layak untuk remarketing akan dibersihkan, diuji secara menyeluruh, dan disediakan untuk pasaran sekunder. Dalam sesetengah kes, komponen tertentu seperti RAM atau storan akan dinaik taraf untuk meningkatkan nilai jualan semula. Unit kemudiannya digredkan mengikut keadaan sama ada Gred A, B, atau C sebelum ditawarkan kepada rangkaian pembeli Taztech.Langkah 4 — Pemasaran dan Jualan Semula
Taztech memasarkan aset yang telah diproses kepada rangkaian pembeli yang telah disaring termasuk PKS, institusi pendidikan, dan individu yang mencari peralatan IT berkualiti pada harga berpatutan. Ini memastikan aset anda mendapat harga terbaik dalam tempoh yang munasabah.Langkah 5 — Laporan dan Pembayaran
Setelah jualan selesai, anda akan menerima laporan terperinci yang merangkumi senarai aset yang dijual, harga jualan setiap unit, dan pembayaran bersih kepada syarikat anda selepas ditolak kos pemprosesan dan pemusnahan data. Semua dokumentasi disimpan untuk tujuan audit dan pelaporan ESG.Berapa Banyak Yang Syarikat Boleh Dapat Balik?
Ini soalan yang paling ramai ingin tahu jawapannya.Hakikatnya, angka bergantung kepada beberapa faktor iaitu jenis aset, usia, kondisi, jenama, dan keadaan pasaran semasa. Walau bagaimanapun, data industri memberi gambaran yang berguna. Mengikut kajian terkini dalam industri ITAD, program remarketing yang matang boleh menghasilkan pulangan sehingga 20 kali ganda berbanding kos pelupusan biasa. Selain itu, konsistensi dalam volume aset yang diserahkan boleh meningkatkan purata pulangan sebanyak hampir 30%.Sebagai panduan kasar untuk pasaran Malaysia:- Laptop korporat berusia 3 hingga 4 tahun dalam kondisi baik — RM300 hingga RM800 seunit bergantung kepada model
- Server berusia 3 hingga 5 tahun — RM1,000 hingga RM5,000 atau lebih bergantung kepada spesifikasi
- Telefon pintar syarikat berusia kurang 2 tahun — RM200 hingga RM600 seunit
- Peralatan rangkaian enterprise — RM300 hingga RM2,000 bergantung kepada jenama dan model
Asset Remarketing vs Buang Terus — Perbandingan Sebenar
Ramai pengurus syarikat membuat keputusan untuk buang terus aset lama kerana ia nampak lebih mudah dan cepat. Tapi bila dibandingkan secara sebenar, pilihan ini sebenarnya merugikan syarikat dari dua sudut — kos pelupusan yang perlu ditanggung, dan potensi pulangan yang dilepaskan.| Faktor | Buang Terus (Pelupusan Biasa) | Asset Remarketing |
| Pulangan kewangan | Tiada — kadang kala ada kos pelupusan | Ada — bergantung kepada jenis dan kondisi aset |
| Keselamatan data | Bergantung kepada vendor — risiko tinggi | Pemusnahan data bersijil — selamat dan terdokumentasi |
| Dokumentasi | Minimum | Lengkap — sijil, laporan inventori, audit trail |
| Impak alam sekitar | Tinggi — lebih banyak e-waste | Rendah — panjangkan hayat peranti |
| Nilai ESG | Tiada | Positif — sokong circular economy |
Siapa Yang Patut Pertimbangkan Asset Remarketing?
Secara ringkasnya, mana-mana syarikat yang melakukan penggantian atau naik taraf peralatan IT secara berkala adalah calon yang sesuai untuk program asset remarketing. Ini termasuk:- Syarikat yang sedang berpindah ke cloud dan perlu menggantikan infrastruktur on-premise
- Organisasi yang melakukan fleet refresh — menggantikan laptop atau komputer pekerja setiap 3 hingga 5 tahun
- Institusi kewangan, hospital, dan agensi kerajaan yang perlu melupuskan peralatan lama secara teratur
- Syarikat yang menutup cawangan atau mengurangkan kapasiti dan ada lebihan peralatan IT
- Data centre yang sedang decommission server lama untuk digantikan dengan infrastruktur baharu

